Cerita ArtisHiburan

Ahmad Idham Jalinkan Usahasama Bersama Tadika Sinar Indah Berkat, Tingkatkan Pembangunan & Kesedaran Pendidikan Khas Anak-Anak Istimewa

Penerbit dan pengarah Dr Ahmad Idham bersama isteri telah menandantangani satu memorandum persefahaman (MoU) antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus milik mereka dengan Tadika SInar Indah Berkat.

Ujar Ahmad Idham, memorandum tersebut menandakan satu jalinan usahasama bagi mempertingkatkan lagi pembangunan dan kesedaran terhadap Pendidikan Khas kepada golongan anak-anak istimewa di sekitar Ampang.

“Saya memilih Ampang kerana inilah tempat saya dan isteri saya membesar dan di Bukit Indah inilah di mana mulanya saya dan isteri mengusahakan tadika kami selama 14 tahun.

“Tadika ini juga merupakan tadika pertama di Bukit Indah yang memperkenalkan kaedah montessori. Saya nak mulakan dulu dengan Ampang sebagai Hub Pendidikan Khas dan insyallah akan saya kembangkan ke seluruh Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, bertepatan dengan bulan April merupakan bulan Autism sedunia, usahasama ini juga bakal memberi impak dan kesedaran yang lebih mendalam kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa agar mereka lebih memahami kepentingan modul-modul pembelajaran dan terapi yang terbaik untuk anak anak istimewa.  

Dalam pada itu, Ahmad Idham menyatakan selepas termeterai usahasama tersebut, dia akan memulakan gerakan untuk berjumpa beberapa sekolah dan menziarahi keluarga-keluarga di sekitar Ampang ini untuk membantu mana mana yang memerlukan khidmat bantuannya.

“Sudah sampai masanya untuk saya secara serius menyantuni masyarakat di luar sana yang selama ini menyokong kerjaya saya sehingga ke hari ini.

“Berjayanya saya selama 25 tahun di dalam dunia seni adalah di sebabkan sokongan peminat dan masyarakat di luar sana. Jadi, sudah sampai masanya untuk saya membalas jasa mereka dengan memberi balik kepada komuniti sebagai CSR saya…Insya-Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button