PopularViral

Pelitup Muka Hauk… Jovian Mandagie Anggap Ramai Salah Faham, Tidak Berniat Perkecilkan Jenama Pelitup Muka Lain

Setelah dikecam ramai gara-gara kenyataan pelitup muka ‘hauk’, akhirnya pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Jovian menganggap ramai yang salah faham dan menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah pelitup muka tiruan yang menggunakan jenamanya.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yg saya maksudkan tu ialah pelitup muka “Jovian Mask Tiruan” yang berleluasa di pasaran. Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran.

“Lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” jelasnya.

Jovian berkata, istilah ‘hauk’ juga bertepatan untuk ditujukan kepada mereka yang mengeluarkan pelitup muka tiruan menggunakan nama produknya.

Jelasnya, dia tak ada berniat untuk mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak, meskipun ada yang tersinggung dengan kenyataannya.

Dalam pada itu, berkenaan isu Sirim yang menjadi perdebatan baru-baru ini, Jovian menegaskan ia bukan permintaan dan mendapat keuntungan bagi pihaknya.

“FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? Dari mana pulak saya akan untung lebih? And I can guarantee you all that my brand is not the first to have sirim stamp. Banyak brand di luar yang dah ada sirim stamp. Kita ni baru je nak apply,” jelasnya.

Pada masa sama, pereka fesyen itu menegaskan agar tiada mana-mana pihak yang mencaci maki serta memfitnah dirinya dan perniagaannya.

“Ramadhan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya.

“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
3
+1
0
+1
9
+1
2
+1
8
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button