Cerita ArtisHiburan

Enot Dah Lali Dilabel Lesbian, Tidak Terfikir Mahu Kembali Berumah Tangga Lepas Dapat Cucu

Pelawak popular Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot mengakui dirinya sudah lali apabila ada segelintir yang melabel dirinya seorang lesbian.

Enot berkata, tidak dinafikan memang dia sering disangka seorang lesbian kerana selalu di kelilingi rakan-rakan wanita yang berperwatakan lelaki.

“Memang ramai yang ingat saya lesbian, tetapi ramai yang tak tahu dahulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Convent Seremban. Jadi, kebanyakan rakan sekolah saya ramai berperwatakan seperti lelaki.

“Dahulu di sekolah pun saya memang aktif bermain sukan softball, malah rakan-rakan juga memanggil saya dengan panggilan ‘Abang Ali’. Setakat panggil ‘sayang’ sesama rakan wanita pun ia benda normal,” ujarnya.

Enot berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran festival acara jualan AdHoc Raya 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengenai berumah tangga pula, Enot mengakui sekarang dia tidak terfikir ke arah itu setelah dua kali gagal dalam perkahwinannya.

Ujarnya, biarpun kini sudah 13 tahun bergelar seorang janda, buat masa ini dia lebih selesa melayari kehidupan seperti sekarang bersama anak dan cucu.

“Dahulu masa umur saya belum cecah 40 tahun, ada juga rasa nak cari pengganti. Cuma lepas dah dapat seorang cucu pada tahun lalu, keinginan nak berumah tangga tu dah tak ada sampai orang cop saya lesbian.

“Anak-anak pun seperti keberatan untuk saya berumah tangga semula. Sampaikan bila saya usik kata ada orang nak masuk meminang, anak-anak suruh fikir baik-baik dulu,” jelasnya.

Menerusi perkahwinan yang pertama dahulu, Enot telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button