Cerita ArtisHiburan

Sering Dapat Watak Heroin, Sharifah Rose Nafi Jadi Anak Emas Stesen Televisyen

Boleh dikatakan pembabitannya dalam bidang lakonan masih lagi agak baru, tetapi pelakon Sharifah Rose sering mendapat watak heroin dalam sesebuah drama.

Sehubungan itu, ada suara-suara yang mengatakan bahawa pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira itu adalah anak emas stesen televisyen.

Menyedari perkara yang timbul, Sharifah Rose lantas menafikan dakwaan berkenaan dan menganggap apa yang diperoleh itu lebih kepada rezeki.

“Rasanya saya ini bukanlah anak emas mana-mana stesen televisyen. Pada saya ini semua adalah rezeki dan peluang yang tidak harus saya lepaskan sama sekali.

“Drama pertama saya sebagai heroin adalah Kekasih Hati Mr. Bodyguard bersama Redza Rosli dan mulai saat itu tidak dinafikan kerjaya dalam lakonan mula berkembang,” ujarnya.

Sharifah Rose berkata demikian ketika sesi sedang media secara virtual bersama barisan pelakon Do You Love Me, Captain? baru-baru ini.

Selain itu, drama yang turut menampilkan Sharifah Rose memegang watak heroin adalah 3 Nota Cinta dan yang terbaru adalah Do You Love Me, Captain?.

Dalam pada itu, ketika ditanya pendangannya apabila lakonannya masih mendapat kritikan ramai, ia langsung tidak melunturkan semangatnya.

“Sejak di awal kemuculan saya dahulu pun dah pelbagai kritikan saya terima. Namun, saya tetap berusaha untuk perbaiki lagi mutu lakonan supaya boleh setanding dengan rakan-rakan pelakon hebat yang lain,” ujarnya.

Sharifah Rose bergandingan dengan Ali Rezark menerusi drama Do You Live, Captain? yang mula ditayangkan pada 13 April setiap Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button