HiburanSelebriti

Ebit Lew Berpeluang Jumpa Baim Wong, Cadang Mahu Sama-Sama Laksanakan Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang ketika ini sedang berada di Indonesia berkesempatan bertemu dengan pelakon popular Indonesia iaitu Baim Wong.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Ebit menerusi beberapa keping gambar pertemuannya dengan Baim yang dimuat naik di Facebook.

“Syukur sangat bertemu Baim Wong Baim Paula seorang Dermawan di Indonesia. Suka memberi dan bersedekah. Baik orangnya. Cita-citanya dan menjadi sifatnya suka tengok orang gembira. Buat rumah makan percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang.

“Kagum dan terkesan dengannya. Antara orang awal mula-mula menjadi contoh dalam memberi.Syukur katanya beliau juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dan seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk juga bersama misi ke Afrika,” ujarnya,

Pada masa sama, pendakwah berkenaan turut berdoa agar pekakon berkenaan terus diberikan kesihatan yang baik agar dapat membantu lebih ramai orang.

“Tadi menangis bersama melihat anak-anak kelaparan dan dalam kesusahan. Sama rasa jiwa. Bila kita membantu orang dijalanan kasihan bila melihat orang tiada rumah tempat tinggal dan anak kecil menangis. Bagaimana kita balik tidur lena sedangkan ada orang dalam kesedihan dan kesusahan.

“Semoga Allah memudahkan segala urusan Baim Wong. Memberkatinya dan memberi kesihatan yang baik supaya terus dapat membantu lebih ramai orang,” ujarnya.

Selain Baim, Ebit yang berkunjung ke Pekan Baru dan Jakarta juga berkesempatan berjumpa dengan penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button