PopularViral

Pengunjung Bazar Luah Rasa Kecewa Beli Mee Jumpa Ulat Pada Lauk Sotong

Seorang pengunjur bazar Ramadan di Putrajaya meluahkan rasa kesal apabila menjumpai ulat pada sotong yang dibeli di sebuah gerai mee yang agak popular.

Menurut pengunjung berkenaan, dia membeli mee berserta lauk sotong di gerei berkenaan dengan harga RM30.

“Ada satu kejadian aku pergi kedai paling viral iaitu Mee T*****k. Dorang ramai pekerja dan ramai pembeli. Portion dia besar-besar. Aku beli satu juadah dan tak nak membazir. Tengok sotong dia sebesar alam.

“Pukul 5.20 petang aku kat sana. Berharga RM30, ada ulat… Kalau RM30 tak sedap aku boleh terima, tapi ko dapat ulat nak berbuka puasa,” luahnya.

Dalam pada itu, pengunjung berkenaan juga meminta supaya pihak Perbadanan Putrajaya membuat pemeriksaan di gerai berkenaan.

Jelasnya, dia juga mengatakan dia telah memuat naik video tersebut di Facebook dan tag kepada pihak Perbadanan Putrajaya.

“Kesian kat budak-budak kalau macam ni. Nasib baik aku pasang lampu terang lagi, tengok-tengok ada ulat.

“Aku dah log in (laman web Perbadanan Putrajaya) nak upload video tapi tak boleh. So aku dah fed up. So aku terpaksa buat video ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button