HiburanSelebriti

Nafi Dakwaan Ada Buat Pinjaman & Berhutang Sebanyak RM720,000, Mawar Karim Buat Laporan Polis

Usahawan popular, Mawar Karim telah membuat satu laporan polis pada 15 April lalu berhubung dakwaan yang menyatakan dia ada berhutang dan meminjam RM720,000 daripada seorang individu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, peguam Mawar iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dari Tetuan Zabir Imran & Partners berkata, pihaknya telah dilantik mewakili usahawan berkenaan untuk menasihati dan membuat tindakan undang-undang berkaitan tuntutan yang telah difailkan pihak plaintif.

“Pihak kami telah pun memberikan beberapa maklumat berasaskan fakta material yang sangat penting berkaitan kes ini kepada pihak polis agar satu siasatan lanjut dan lebih menyeluruh dibuat.

“Ia dibuat bagi memastikan sama ada wujud sebarang niat jahat, cubaan dan/atau salah laku jenayah berkaitan penipuan atau apa-apa kesalahan lain yang telah dilakukan terhadap saudari Mawar Abdul Karim,” ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, bekas isteri kepada Fizo Omar itu didakwa bakal diisytihakan muflis setelah dikatakan gagal membayar hutang sebanyak RM720,000.

Ujar Mohd Imran, pasukan peguam telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut dan permohosan penggantungan pelaksanaan terhadap anak guamnya pada 18 April lalu.

“Berkenaan dengan isu sama ada anak guam kami telah diisytiharkan sebagai seorang bangkrap atau tidak, kami mengesahkan bahawa setakat hari ini beliau masih lagi seorang yang tidak bangkrup.

“Tidak ada sebarang notis kebangkrapan yang telah diserahkan kepada beliau setakat hari ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button