Cerita ArtisHiburan

Shuib Rasa Sebak Terkenangkan Juadah Buka Puasa Pajeri Nenas Masakan Arwah Isteri

Tahun ini merupakan kali pertama buat pelawak dan usahawan popular, Shuib menyambut bulan Puasa sebagai seorang bapa tunggal setelah kehilangan isteri, Siti Sarah pada tahun lalu.

Shuib berkata, sambutan Ramadan kali ini juga memang memberi kesan yang tersendiri, termasuk berhadapan dengan penurunan berat badan gara-gara kurang berselera makan.

“Kalau ada yang perasan memang badan saya nampak susut dan berat saya pula turun sehingga lapan kilogram sepanjang dua minggu.

“Ia berpunca daripada saya mengalami kurang selera makan. Kadang-kadang saya cuba juga paksa untuk makan bagi mendapatkan tenaga.

“Sehingga ke hari ini saya cuba cari makanan yang betul-betul boleh buat saya selera. Kalau berterusan begini, mungkin berat badan saya akan turun lagi,” ujarnya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya apa hidangan yang menjadi kegemaran pada bulan puasa, Shuib yang tiba-tiba menitiskan air mata mengakui dia merindui pajeri nenas masakan arwah isterinya.

Ujar Shuib, sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka, menu masakan arwah isterinya pasti menjadi hidangan wajib setiap kali bulan Ramadan.

“Siapa sangka pada tahun ini sudah tiada lagi hidangan tersebut untuk berbuka puasa. Sampaikan bila tengok pajeri nenas boleh buat saya jadi sebak,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button