Cerita ArtisHiburan

Gayatri Minta Tanya Zul Ariffin Sendiri Sempena Apa Hadiah Kereta Mewah Diberikan Kepadanya

Baru-baru ini penerbit Gayatri Su-Lin Pillai berkongsi di Instagram mengenai hadiah sebiji kereta mewah yang diterima daripada pelakon Zul Ariffin.

Bagaimanapun, Gayatri yang ditemui semalam meminta supaya bertanya sendiri kepada Zul sempena apa hadiah itu diberikan kepadanya.

“Hadiah kereta itu bersempana apa? Rasanya lebih baik tanya Zul sendiri dan saya cuma terima sahaja hadiah yang diberikan.

“Lagipun ketika terima hadiah itu saya sendiri tak tanya sempena apa. Takkan saya nak tanya dia kenapa tiba-tiba beri saya hadiah,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan sidang media filem Bunga Dan Kayu di Bukit Tinggi, Pahang.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Zul, beliau berkata sepanjang 10 tahun saling mengenali sudah bermacam-macam andaian dan spekulasi yang timbul.

“Pada saya biarlah orang nak buat apa sahaja andaian tentang hubungan kami. Lagipun saya seorang producer, cerita tentang saya pun tidaklah menarik untuk dikongsi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button