HiburanSelebriti

“Kini Satu Persatu Terbukti Apa Yang Saya Sampaikan” – Iqbal Ulas Tentang Isu PA Dato Seri Vida?

Baru-baru ini kecoh mengenai pendedahan yang dibuat oleh Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar atau Abang Qu yang dikatakan hanya berlakon sebagai PA kepada Dato Seri Vida atau DSV.

Yang terbaharu, Ahmad Iqbal Zulkefli yang juga merupakan bekas PA kepada DSV pula memuat naik kenyataan dipercayai berhubung Perkara berkenaan, meskipun tidak menyebut sebarang nama.

“Saya tidak mahu menunding jari pada mana-mana pihak berkaitan isu mereka. Untuk netizen, di manakah hati perut ketika kalian mempersenda kejujuran saya?

“Kini satu persatu terbukti apa yang saya sampaikan. Bukannya satu dua perkara, tetapi hampir kesemua yang saya sampaikan adalah benar,” tulisnya menerusi posting di IG Story.

Pada masa sama, Iqbal juga menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali memandang mudah perkara-perkara yang dianggap serius.

“Saya tahu ada konten saya sebagai hiburan, itu tetap hiburan. Tetapi hal serius, saya tidak akan main-main.

“Kalian sanggut menghina kejujuran saya, tanpa sedikit pun mencuba untuk berfikir baik tentang saya,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button