Cerita ArtisHiburan

Achey Kehilangan Insan Tercinta… Ibunya Disahkan Meninggal Dunia

Pelawak popular Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, memaklumkan yang ibunya, Ngaisah Hasaan, 74, telah meninggal dunia kira-kira pukul 12.46 tengah malam pada Isnin.

Difahamkan, arwah ibunya meninggal dunia akibat kanser pankreas dan baru sahaja menjalani pembedahan baru-baru ini.

Malah, berita pemergian ibunya juga diketahui Achey ketika dia sedang mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya.

“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan).

“Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” katanya di akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, pelawak berkenaan ada memberitahu tentang keadaan ibunya tidaklah begitu baik selepas menjalani pembedahan.

Pada masa sama, dia juga berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah.

Untuk rekod, pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button