Cerita ArtisHiburan

InTeam Digital Serikan Sambutan Nuzul Al-Quran Dengan Single Baharu Suwaru Fil Quran

Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan Al-Quran kepada umat Islam. Pada setiap 17 Ramadan, umat Islam akan meraikan hari Nuzul Al-Quran sempena memperingati peristiwa agung ini.

InTeam Digital tidak ketinggalan untuk mengajak orang ramai untuk mengingati Nuzul Al-Quran dengan menerbitkan single terbaru berjudul Suwaru fil Quran (Surah-surah di dalam Al-Quran).

Single terbaru ini menampilkan dua anggota dari kumpulan Zayne iaitu Mateen dan Naufal serta penampilan istimewa Qari dari Inteam Digital iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz.

“Tujuan lagu ini dihasilkan ialah bagi mengajak pendengar menghafal serta mengingati 114 nama-nama surah di dalam Al-Quran sempena Nuzul Quran ini” ujar Ustaz Khairul Anuar.

“Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni, kemudian dirakam semula oleh kumpulan Adikku Sayang, dan kini kami rasa bertuah kerana turut berpeluang menyanyikan lagu zaman kanak-kanak kami ini” tambah Mateen.

“Alhamdulillah, sesi rakaman suara dan penggambaran video muzik bagi lagu ini berjalan lancar dan kami tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Kini ia boleh didengari di seluruh platform muzik digital dan ditonton di rangkaian Youtube Inteam Digital” tambah Naufal.

Single Suwaru Fil Quran telah dilancarkan di dalam sebuah majlis kesyukuran dan ifthar oleh pihak Inteam Digital yang turut disertai acara penganugerahan selebriti paling tinggi strim digital dan tontonan di Youtube di bawah label Inteam Digital kepada Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz selaku penyandang gelaran tersebut.

Untuk rekod, Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz telah merakamkan 30 juzuk penuh bacaan Al-Quran secara murattal di bawah Inteam Digital beberapa tahun lalu dan rakaman tersebut telah mendapat kelulusan bahagian kawalan dan semakan Al-Quran di bawah Kementeria Dalam Negeri.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button