Cerita ArtisHiburan

Setelah 34 Tahun, Akhirnya Tiz Zaqyah Dapat Bertemu Dengan Abang Kandungnya Buat Kali Pertama

Sambutan Ramadan pada tahun ini memberikan keistimewaan buat pelakon popular Tiz Zaqyah apabila kali telah berkesempatan bertemu abangnya yang dikenali sebagai Md Zacky buat kali pertama setelah 34 tahun.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram dan Facebook miliknya.

“Saya selalu ada impian mempunyai seorang abang. Satu keajaiban… impian tersebut telah terlaksana. Ramadan paling indah. Kami bertemu pada 25/4/2022… setelah 34 tahun usia saya.

“Hello abang Zacky dan kakak ipar serta anak buah saya yang cantik. Satu perasaan yang sungguh emosi. Alhamdulillah… akhirnya bersama, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga,” kongsinya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut meluahkan rasa gembira mereka atas pertemuan antara Tiz dan abangnya itu.

Menerusi ruangan komen di Facebook pula, Tiz memaklumkan Md Zacky merupakan abang kandungnya satu bapa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button