AdvetorialKongsi

Pertubuhan Briged Prihatin & Gazze Destek Dernegi Jalinkan Kerjasama Bantu Rakyat Palestin

Pada 15 April lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.

Pembantaian tentera Israel terhadap rakyat Palestin khususnya Gaza bukan perkara baru malah ia seolah-olah menjadi trend saban tahun. Ini menyaksikan betapa diskriminasi yang berlaku di sana bukan lagi dilakukan secara tersembunyi.

Pertubuhan Briged Prihatin mengutuk sekeras-keras tindakan tentera Israel atas serangan yang berlaku dan kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin khususnya Gaza bagi mempertahankan Baitul Maqdis.

Atas dasar perjuangan mempertahankan rakyat Palestin, Gaza dan Baitul Maqdis, hari ini telah termeterai satu ikatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Pertubuhan Briged Prihatin bersama organisasi badan bukan kerajaan antarabangsa, Gazze Destek Dernegi yang berpusat di Istanbul, Turki dan Gaza diwakili oleh Syeikh Abdulmajed Al-Aloul, Pengarah Urusan Gazze Destek Dernegi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Briged Prihatin, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi berkata, kerjasama ini bagi membantu masyarakat di sana dari segi bantuan pendidikan, makanan, bahan mentah serta infrastruktur kediaman dan sekolah.

“Saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Briged Prihatin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengambil peluang untuk terus mengangkat tangan mendoakan kesejahteraan saudara kita yang teraniaya di Gaza khususnya serta masyarakat dunia yang teraniaya umumnya.

“Selain membantu saudara kita di Gaza dengan apa jua kemampuan yang kita ada agar serangan dihentikan segera dan bantuan dapat dihulurkan,” ujarnya.

Ujarnya, kerjasama ini bagi membuktikan betapa rakyat Malaysia sangat prihatin dan cakna terhadap isu semasa khususnya melibatkan isu kemanusiaan di Gaza.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan ke Gaza. Boleh salurkan di akaun rasmi PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN 5627 8608 9405 (Maybank) Ref : TabungGaza. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button