AntarabangsaKpop

Bahasa Jadi Cabaran Utama Isaac Voo Bergelar Artis K-Pop Bersama Kumpulan IN2IT

Bagi mereka yang menggemari kumpulan serta lagu-lagu K-Pop, pastinya agak sinonim dengan kumpulan yang dikenali sebagai IN2IT.

Namun, siapa sangka salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Isaac Voo merupakan anak kelahiran Malaysia dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Isaac yang ditemui baru-baru ini berkata, pengalaman berkecimpung dalam dunia K-Pop merupakan sesuatu yang cukup berharga, namun ada beberapa cabaran yang terpaksa ditempuhi.

“Bagi saya faktor bahasa sememangnya memberi cabaran yang cukup hebat. Meskipun saya rasa penguasaan bahasa Korea saya sudah baik, tetapi pihak pergurusan masih melihat ada banyak kelemahan.

“Malah, kebanyakan lagu yang membabitkan bahagian saya terpaksa dipendekkan dan memang rasa agak sedih. Namun, sebagai individu yang bukan berasal dari Korea, mereka tetap menyokong serta melayan saya seperti orang Korea,” jelasnya.

Ujar Isaac, buat masa ini aktivitinya bersama IN2IT terhenti seketika memandangkan ada beberapa ahli kumpulannya yang perlu menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun seperti yang telah ditetapkan kerajaan Korea Selatan.

Dalam pada itu, apabila mengambil keputusan untuk bergelar artis K-Pop, Isaac memberitahu dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang cabaran yang dihadapi.

“Tidak dinafikan realiti kehidupan sebagai seorang artis K-Pop memang begitu mencabar. Memang agak penat dengan waktu latihan serta jadual yang sangat padat.

“Sehinggakan ada masanya kami cuma dapat tidur dua jam sehari. Misalnya, kami perlu bersiap seawal pukul 6.00 pagi dan perlu tampil di beberapa buah persembahan,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi berkenaan yang kini melebarkan sayapnya di Malaysia kini dia mengambil keputusan untuk menjadi artis rakaman sepenuhnya di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT), iaitu sebuah syarikat pengurusan artis di bawah naungan WebTVAsia yang juga merupakan syarikat hiburan digital terbesar di Asia.

Pengasas bersama Prodigee Asia Talent, Miss Vicky Lum berkata, pandemik tidak menghalang industri muzik tanah air untuk menerima kehadiran bakat-bakat baharu.

“Bagi kami, bukanlah sahaja dari segi karya, bahkan juga bakat muda ini boleh menyerikan dan memberikan nafas baharu untuk industri hiburan tempatan.

“Sebagai pihak pengurusan Isaac, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong pelbagai aktiviti Isaac di Malaysia. Saya turut berharap agar pihak media tempatan dapat memberikan sokongan sepenuhnya terhadap Isaac,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button