Cerita ArtisHiburan

Mas Idayu Kini Sudah ‘Diikat’ Sufian, Persiapan Majlis Perkahwinan Sudah Cecah 70 Peratus

Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada September ini menyatakan dirinya kini sudah ‘diikat’ oleh Sufian Isa.

Mas Idayu berkata, ia bukanlah satu majlis pertunangan, sebaliknya ia lebih kepada majlis menghantar ‘tanda’ apabila Sufian bersama ahli keluarganya datang ke rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor beberapa hari lalu.

“Sewaktu majlis dilangsungkan, saya hanya berada dalam bilik sahaja dan tidak dibenarkan keluar. Ketika nak pasang ‘tanda dan diikat’, barulah saya keluar.

“Sepanjang majlis pun keluarga tak banyak bertanya kepada dia (Sufian). Lagipun sebelum ini keluarga tak suka pilihan saya yang usia lebih muda daripada saya,” jelasnya.

Mas Idayu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Karaoke Superstar oleh Astro yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, penyanyi itu mengesahkan bahawa dia dan Sufian yang juga Penerbit Eksekutif di TV3 akan mendirikan rumah tangga pada September ini.

Dalam pada itu, mengenai persiapan untuk majlis perkahwinan pula, Mas Idayu memberitahu semuanya berjalan lancar dan sudah siap sekitar 70 peratus.

“Buat masa ini cuma tinggal nak pilih lokasi majlis sahaja dan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan. Apa yang diistimewanya, jemputan yang hadir nanti akan menerima cenderahati berupa produk kecantikan jenama Twenty Skincare yang mana saya sendiri adalah pengasasnya.

“Selain itu, mengikut perancangan pula majlis pernikahan akan berlangsung pada sebelah pagi dan malam pula adalah majlis bersanding,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button