Cerita ArtisHiburan

Caprice Beri Amaran, Mahu Lelaki Yang Kacau Isterinya Jumpa Depan-Depan Buat Permohonan Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Penyanyi popular Caprice memberi amaran kepada seorang lelaki yang cuba menganggu isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi What’s App pada waktu malam.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Caprice menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram sambil mendedahkan mesej dan wajah lelaki berkenaan.

“Hantar mesej pada isteri saya pada waktu malam. Your fu***** stupid bro.

“Bila orang start melampaui batas, dan buat kita risau pasal keselamatan family… you have crossed the line,” ujarnya.

Dalam video berkenaan juga, penyanyi itu memberi amaran agar lelaki berkenaan berjumpa dengannya dalam tempoh 24 jam untuk meminta maaf secara berhadapan.

“Pertaa sekali, saya tak kisah kalau ada yang benci saya itu terpulang, tetapi apabila anda mula kacau isteri dan anak saya, call isteri saya pada waktu malam itu dah melampaui batas.

“Anda ada masa 24 jam untuk jumpa Caprice dan minta maaf depan-depan. Kali pertama dapat text tersebut, kami fikir mungkin mamat ni gila dan beri amaran. Namun dia terus text isteri saya. Guys, jangan main gila,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button