Cerita ArtisHiburan

Anzalna Nasir Dedah Jantina & Umumkan Nama Anak Kedua, Mohamad Emirhan Jadi Pilihan

Setelah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada minggu lalu, akhirnya pelakon Anzalna Nasir mendedahkan jantina dan mengumumkan nama anaknya itu.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram mikiknya.

Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler‘.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula menyaksikan ramai rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata keduanya.

Sebelum ini, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang seorang cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button