Cerita ArtisHiburan

Hattan Maklumkan Semua 17 Lagu Popular Nyanyiannya Akan Dipersembahkan Semasa Konsert Hattan – 35 Years Journey

Penyanyi popular Datuk Hattan memaklumkan bahawa dia akan mempersembahkan kesemua 17 lagu popular nyanyiannya semasa konsert Hattan – 35 Years Journey.

Bakal berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, Hattan berkata, dia akan menyanyikan keseluruhan 26 buah lagu.

“Untuk konsert ini, ia adalah julung-julung kalinya saya buat konsert terbesar dan kesemua 17 lagu hits saya akan dipersembahkan nanti.

“Selain itu, akan ada juga arrangement baharu dari segi muzik untuk lagu-lagu tersebut yang lebih fresh dan pastinya konsert ini berbaloi buat peminat yang datang,” jelasnya.

Hattan berkata, buat masa ini tiket konsert yang berlangsung pada 5 Jun sudah habis terjual dan mereka yang ingin datang menonton masih boleh membeli tiket pada konsert 4 Jun.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang konsertnya yang berlangsung serentak dengan sebuah lagi konsert iaitu membabitkan kumpulan Search, beliau melihatnya dari sudut yang positif.

Ujarnya, selaku seorang penyanyi profesional, Hattan tidak melihat pertembungan tarikh yang dipilih dua penghibur hebat tanah air itu sebagai isu atau masalah yang perlu diperbesarkan.

“Pada saya semuanya adalah rezeki masing masing. Apa yang penting kita jalan terus dan saya berdoa bukan sahaja konsert Hattan – 35 Years Journey sukses, tetapi juga konsert rakan seperjuangan yang lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button