Cerita ArtisHiburan

“Abang Tak Main Taik Dik… Adik Yang Gila Bayang” – Sharnaaz Ahmad Tuju Kata-Kata Sindiran Pada Shila Amzah?

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad ternyata menarik perhatian ramai apabila memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Apa yang menjadi perhatian netizen apabila ia adalah gambar yang dilihat seperti menunjukkan jari tengah, tetapi dikaburkan berserta caption yang ditujukan kepada seseorang.

“Abang tak main taik dik.. adik yg gila bayang.. Maaf kalau gambaq kurang sopian 

“Gambaq ni abg rasa cam harem.. tu yg post tu.. Happy weekend people…,” ujarnya.

Biarpun tidak menyatakan secara spesifik kepada siapa gambar dan kata-kata tersebut ditujukan, namun ramai netizen beranggapan ia ditujukan kepada Shila Amzah.

Sebelum ini, Shila ada membuat kenyataan bahawa hubungannya dengan Sharnaaz masih baik sebagai kawan, tetapi menolak untuk kembali bercinta seperti dahulu.

Malah, Shila juga menyatakan dia berasa kurang selesa untuk bekerjasama dengan pelakon berkenaan dan berharap netizen mendoakan kebahagian mereka masing-masing. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button