AntarabangsaBollywood

Kangana Ranaut Pertahankan Jurucakap Parti BJP, Nupur Sharma Yang Cetuskan Kontroversi Hina Nabi Muhammad

Pelakon popular Bollywood, Kangana Ranaut telah bertindak mempertahankan jurucakap kepada parti politik Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian di Insta Story miliknya, bintang filem Bollywood itu menegaskan Nupur mempunyai hak untuk memberikan sebarang pendapat.

“Nupur berhak mendapat pendapatnya, saya melihat semua jenis ancaman disasarkan kepadanya. Apabila Tuhan Hindu dihina yang mana mereka hampir setiap hari kita pergi ke mahkamah, sila lakukan itu.

“Ini bukan Afghanistan, kita mempunyai kerajaan yang berfungsi dengan baik. Dipilih dengan proses yang dipanggil demokrasi… cuma peringatan untuk mereka yang terus lupa,” ujarnya.

Kenyataan pelakon itu dibuat beberapa jam selepas polis Delhi memberi memberi perlindungan kepada Nupur setelah mendakwa dia dan keluarganya telah menerima ugutan dan diganggu atas kontroversi.

Sebelum ini, Nupur telah mencetuskan umat Islam di seluruh dunia setelah menghina Nabi Muhammad dalam debat televisyen dan Naveen Jindal atas komennya dalam media sosial.

Pada masa sama, negara-negara Islam termasuk Malaysia juga telah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Nupur itu. – KopiPlanet.com


Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button