Cerita ArtisHiburan

Ellie Suriaty Langsung Tidak Terkejut Bekas Suaminya, Azri Iskandar Bakal Berkahwin Lagi

Pelakon dan pengarah popular, Ellie Suriaty mengakui dirinya langsung tidak terkejut dengan pengakuan bekas suaminya, Azri Iskandar yang merancang bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat.

Menerusi laporan portal Kosmo Online, dia memang tidak kisah dengan keputusan bekas suaminya itu, meskipun tempoh edah mereka masih belum tamat setelah berpisah pada 17 Mei lalu.

“Saya tak terkejut dan sudah boleh jangka mengenai perkara ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bertekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.

“Memang saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan.

“Sudah 19 tahun kami hidup dan sepanjang tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama. Jadi, apabila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya.

Jelasnya, dia juga langsung tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini bekas suaminya itu untuk dijadikan peneman hidupnya kelak.

“Sekarang ini baik saya teruskan kehidupan demi anak-anak dan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya seni. Hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.

“Sebelum bercerai pun saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya. Tak dinafikan ramai perempuan lain yang jauh lebih baik dari saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button