Cerita ArtisHiburan

Kesiankan Kazar Punca Puteri Sarah Tidak Ambil Tindakan Saman Terhadap Ira Kaza

Pelakon popular Puteri Sarah menyatakan bahawa dia tidak mengambil tindakan saman terhadap Ira Kaza kerana kesiankan bapa kepada gadis itu iaitu Kazar Saisi.

Perkara berkenalan dikongsikan sendiri oleh Puteri Sarah menerusi Insta Story bagi menjawab persoalan Ira yang mengatakan sudah bertahun pelakon itu mahu mengambil tindakan saman.

“Bangun pagi dapat DM from netizen. Kind of funny. Bertahun tak bertindak nak saman sebab kesiankan your father (Kazar) also I tak nak besarkan hal ini.

“Nak perhatian orang itu U, not me. Tak baik maki hamun. Dah macam Amber Heard pulak tengok dia ni,” ujarnya.

Sebelum ini, anak kepada Kazar itu dikatakan adalah individu yang cuba mengganggu kehidupan rumah tangga Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menyatakan dia masih memegang status sebagai isteri yang sah kepada Syamsul di sisi undang-undang seperti yang didedahkan sebuah portal. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button