Rancangan TVTV

Ceria Popstar Xtra Tampilkan Elemen Baharu Berkonsepkan ‘Gaming’

Saluran No.1 Kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria kembali menghiasi hari minggu anda dengan program televisyen realiti bakat nyanyian, ‘Ceria Popstar Xtra’ yang akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu mulai 29 Jun 2022 ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

‘Ceria PopStar Xtra’ bakal membuatkan para penonton serta peminat teruja dengan kemunculannya menerusi elemen-elemen baharu yang akan diketengahkan berbanding dengan format asalnya. Berkonsepkan gaming, ‘Ceria Popstar Xtra’ akan menampilkan bakat-bakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka.

‘Ceria Popstar Xtra’ merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat terpendam ini dalam menggapai cita-cita untuk menjadi pelapis-pelapis industri seni pada masa akan datang. Tambah menarik, program ini juga adalah program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara online melalui TikTok, platform media sosial yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja.

Seramai 10 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022. Semua peserta yang telah disenarai pendek adalah penyanyi solo yang berbakat. Mereka akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

Selain itu, program ini tampil lebih dengan karakter misteri dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini. Persona C-X tidak akan diketahui kerana C-X tidak akan muncul bersama para juri yang lain dan hanya suaranya sahaja yang akan didengar bersama paparan animasinya pada skrin.

Antara kelebihan C-X adalah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan perserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam musim ini. Dia juga boleh memberi komen tambahan kepada peserta-peserta selain komen para juri yang lain.

Bersiaran selama lapan minggu, ‘Ceria Popstar Xtra’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa. Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar. Antara konsep-konsep gaming yang diterapkan adalah:

XTRA LIFE

Setiap juri mempunyai Xtra Life, iaitu imuniti untuk diberikan kepada peserta yang tersingkir untuk menyelamatkan mereka. Setiap juri hanya boleh menggunakan imuniti ini sekali sahaja. Selain juri, C-X juga mempunyai satu Xtra Life untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir dan ini hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh sebagai kejutan.

XTRA STAR SCOREBOARD

Setiap peserta akan mendapat bintang berdasarkan ranking persembahan mereka pada setiap minggu. Bintang-bintang ini akan terus dikumpul sehingga minggu separuh akhir. Peserta yang mengumpul jumlah bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ pada minggu akhir.

MVP OF THE WEEK

Peserta yang mendapat tempat pertama berdasarkan markah mereka akan mendapat ‘MVP Of The Week’ dan akan duduk di sebuah kerusi yang istimewa dipanggil ‘Takhta MVP’. Pemilihan ‘MVP Of The Week’ akan bermula pada minggu kedua.

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara Ceria Popstar Xtra’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit. Juara musim ini akan membawa pulang RM20,000.00 manakala naib juara akan membawa pulang RM10,000.00. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang berbentuk RM5,000.00.Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.00.

Selain itu, pengacara, pelakon, pelawak dan pengarah versatil popular Malaysia, Nabil Ahmad kembali mengacara program ini bersama-sama dengan penyanyi serba boleh, Elly Mazlein. Keceriaan program ini diserikan lagi dengan penampilan Johan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

‘Ceria Popstar Xtra’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai juri jemputan yang digelar sebagai Xvengers. Tugasan Guru Vokal pula digalas oleh Azrin Noor, iaitu guru vokal All Together Now Malaysia. Manakala naib juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy dilantik sebagai sebagai Guru Tarian.

Dengan tagline ‘Game On!’, program yang menggabungkan elemen pertandingan nyanyian dengan konsep gaming ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih unik dan mengujakan dengan pelbagai sisipan kreativiti yang menarik serta dalam masa yang sama mengekalkan format asalnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button