Cerita ArtisHiburan

Sibuk Dengan Jadual Lakonan, Puteri Sarah Tetap Berjaya Khatam Al-Quran Buat Kali Kedua

Pelakon popular Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dirinya telah berjaya untuk khatam Al-Quran buat kali yang kedua.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan ketika membuat sesi IG Live di akaun Instagram miliknya.

“Sarah nak bagitau kat korang semua, semalam Alhamdulillah thanks to my Ustazah Shikin yang banyak bersabar dengan Sarah, meskipun asyik shooting je. Semalam Sarah khatam al-Quran.

“Sarah happy sebab last khatam al-Quran masa sekolah. Dulu masa zaman sekolah kita akan khatam al-Quran sekali,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon berkenaan menyarankan agar mereka yang ingin khatam agar membaca sekurang-kurangnya satu muka surat al-Quran sehari, meskipun sibuk dengan jadual harian.

“Walau sesibuk mana pun korang, baca jugak satu hari tu satu muka surat je baca al-Quran. Macam mana pun Insya-Allah korang akan habis jugak.

“Sarah akui memang busy dengan shooting dan anak-anak. Ada sebulan Sarah tak mengaji, tetapi ustazah tu punya Sabar dengan Sarah… Sarah memang nak sangat-sangat dan Alhamdulillah khatam jugak,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kehidupannya sekarang ini, Sarah mengakui dia kini menjalani kehidupan yang gembira bersama anak-anak.

“Sarah happy…. Sarah kerja. Bila balik rumah ada anak-anak. Lepas tu anak-anak pun Sarah bagi aktiviti. Pagi-pagi dorang pergi sekolah.

“Jadi, masa Sarah dengan anak-anak dah sangat terisi. Family pun sokong. Sekarang ni Sarah cuma nak fikir yang positif sahaja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button