Cerita ArtisHiburan

Che Ta Sangkal Dakwaan Majlis Persandingan & Malam Berinai Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Sekadar Gimik Pelancaran Inai

Pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta menyangkal dakwaan mengatakan Majlis Persandingan & Malam Berinai Zain Saidin dan Rozita Che Wan sekadar gimik pelancaran inai malam tadi.

Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, dia suami sememangnya berhasrat untuk bersanding dan meraikan tetamu yang hadir.

“Ramai yang tanya dan ada yang cakap “ini mesti gimik nak launch inai” – tidak sama sekali hampa, kami dan anas dah buat launching pada sebelah petang dengan Inai Che Ta Squad. Malam memang kami dan suami bersanding.

“Tiada gimik atau bercerita tentang business. Short and sharp! Lagipun memang kami nak meraikan. Tak laratttttt nak jemput makan hujung hujung coaching business – tetamu yang datang memang semua tetamu VIPs kami. Petang dan launching takkan malam launching lagi hampaaa.. malam kita letups lahhh makan sanding segala,” tulisnya.

Umum mengetahui, baru-baru ini Che Ta telah muncul dengan produk inai ‘instant’ yang dikenali sebagai Mazaville serta berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.

Dalam pada itu, Che Ta memberitahu apa yang lebih istimewa adalah majlis yang berlangsung itu merupakan ‘hadiah’ daripada temannya itu.

“Sebelum tu kami nak ucapkan terima kasih buat sahabat dan juga adik tercinta @AnasZahrin kerana menghadiahkan majlis yang kami kira sangat gemilang.

“Hubungan persahabatan dari bekerja bersama sehingga menjadi sebahagian keluarga selama 12 tahun dengan anas sangat kami hargai. Tak sangka anas sanggu hadiahkan majlis begini dan jadi tuan rumah majlis kami. Love you adikkuuu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button