Cerita ArtisHiburan

Nikmati Hidangan Di Restoran Salt Bae, Aeril Zafrel Bayar Bil Makanan RM10,000

Ketika ini umum mengetahui mengenai pelakon popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sedang bercuti di United Kingdom.

Malah, percutian berkenaan turut disertai dengan beberapa rakan mereka yang lain, termasuk pasangan pelakon Mawar Rashid dan suaminya.

Bagaimanapun, apa yang paling menarik perhatian netizen apabila mereka menikmati hidangan di sebuah restoran yang cukup popular di seluruh dunia iaitu Salt Bae.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Aeril di akaun Instagram miliknya, pelakon itu dilihat membayar bil makanan sehingga RM10,000.

“Itulah, lepasni kalau nak makan kena tengok harga dulu,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen mengatakan jumlah bil makanan yang terpaksa dibayar itu jumlahnya seperti bayaran hantaran perkahwinan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button