Cerita ArtisHiburan

“Aku Hormat Sebelum Ni Sebab Kau Tu Mak Kepada Anak Aku…” – Fizi Ali Mengamuk Dengan Bekas Isteri

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dilihat seakan-akan seperti mengamuk terhadap bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri.

Menerusi luahan yang dibuat di Insta Story miliknya, Fizi meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila tahap kesabarannya seperti diuji.

“Sabar tu ada tahapnya… jangan sampai tahan KESABARAN tu hilang!!! Aku hormat sebelum ni sebab kau tu mak kepada anak aku… dan kita pernah bersama.

“Aku tak nak bukak mulut sebab aku nak jaga aib kau… kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya… aku rasa makin lama makin menipis ni…,” luahnya.

Dalam luahan itu juga, penyampai radio berkenaan menyatakan bahawa bekas isterinya itu juga menjadi punca dirinya hilang segala-galanya.

“Hidup aku dah jahanam sekarang aku hilang semua benda… semua sebab kau!!! Kau tak sedar lagi ke hah???

“Sekarang kau naja nak cari pasal lagi dengan aku,” ujarnya.

Sebelum ini, Fizi berkahwin dengan Shakilla tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia, namun kedua-duanya berpisah pada tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button