Cerita ArtisHiburan

Bergelar Guru Tari, Adam Corrie Akui Tak Pernah Dapat Tawaran Pegang Watak Jadi Penari Atau Kareografer

Pelakon popular Adam Corrie mengakui dia tidak pernah ditawarkan watak menjadi seorang penari atau kareografer dalam mana-mana filem atau drama.

Adam berkata, dia sendiri agak hairan kerana sudah terlalu kerap diberikan watak-watak jahat atau antagonis seperti gangster.

“Setakat ni memang tak pernah dapat lagi dah memang teringin sangat sebab jiwa saya kepada tarian. Pada usia sekarang dah cecah 54 tahun, saya masih lagi aktif menari.

“Biarpun ramai yang lihat saya ke arah lebih islamik sekarang, tetapi saya tak pernah lupakan dunia tarian. Jadi, kalau dapat watak penari atau kareografer pasti saya akan terima,” ujarnya.

Adam berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran Supertelemovie Bangkitkan Aku Kembali yang berlangsung pada minggu lalu.

Bagaimanapun, dia pernah menjadi kareografer untuk pelajar di Akademi Fantasia sebelum ini menyatakan dia tidak kisah untuk terus diberi tawaran memegang watak jahat.

“Baru-baru ini saya ada terima satu tawaran bawa watak jahat. Minggu lalu pun ada satu filem offer saya untuk watak jahat juga. Saya tak kisahkan pun asalkan ada job dan duit masuk,” ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, bercerita mengenai supertelemovie Bangkitkan Aku Kembali, Adam memberitahu dia membawakan watak seorang ustaz.

“Menerusi supertelemovie ini saya melakonkan watak seorang ustaz yang perlu mengubati orang dirasuk. Watak sebegini juga belum pernah saya dapat,” ujarnya.

Bangkitkan Aku Kembali merupakan adaptasi daripada novel judul sama yang ditulis novelis, Sophilea.

Bakal menjalani penggambaran di sekitar Jitra dan Baling, Kedah, filem tersebut turut dibintangi Amy NurTinie, Aishah Azman, Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon dan Jay Iswazir. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button