Cerita ArtisHiburan

“Cerita Yang Sebenarnya Akan Keluar…” – Sharnaaz Ahmad Dibebaskan Daripada Tahanan Reman

Setelah ditahan reman selama tiga hari berhubung dakwaan memukul penghuni kondomonium, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya dibebaskan hari ini.

Sharnaaz berkata, kesnya itu kini masih lagi dalam siasatan polis dan dia akan membuat kenyataan berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat.

“Sekarang ni saya dah selesai dengan siasatan polis, Insya-Allah tak ada apa-apa. Apa yang digembar-gemburkan di luar tu, hati-hati sebab masih dalam siasatan.

“Apa yang dikeluarkan pihak media itu tidak benar. Tunggu statment dari lawyer dan statement saya dalam masa terdekat. Cerita yang sebenarnya akan keluar,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya pengalamannya sepanjang tiga hari berada di dalam lokap, pelakon berkenaan menyatakan tiada perkara buruk berlaku dan banyak pengajaran yang diterima.

Jelasnya, dalam kes berkenaan ada kebaikan yang telah dilakukan olehnya, namun tidak diceritakan dan akan diceritakan olehnya nanti di mahkamah.

“Tiga hari di dalam lokap, sebenarnya ia lebih kepada siasatan. Tak ada yang teruk dan banyak pengajaran. Alhamdulillah, jangan risau saya ok. Saya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

“Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan Sharnaaz panas baran, tunggu cerita yang sebenarnya. Saya yakin saya tak bersalah,” tegasnya.

Ujarnya, biarpun dirinya sudah sinonim dengan sikap panas baran, tetapi kejadian yang berlaku itu langsung tiada unsur panas baran.

“Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar adalah di pihak sebelah sana dan belum lagi statment belah saya.

“Benda ni kita jangan judge kalau hanya sebelah pihak sahaja. Buat masa ini saya pun tak tahu bila pendakwaan akan dilakukan. Saya dah lakukan tanggungjawab pada pihak polis,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button