Cerita ArtisHiburan

Individu Kutuk Arwah Adibah Noor Akhirnya Tampil Buat Permohonan Maaf

Seorang individu yang mengutuk kematian Allahyarhamah Adibah Noor yang dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan akhirnya tampil buat permohonan maaf.

Menerusi satu posting yang dibuat, individu berkenaan mengakui apa yang dilakukannya adalah atas kejahilannya sendiri.

“Saya ingin memohon jutaan ampun dan Maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya di atas komen saya.

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya. Saya berjanji tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” ujarnya.

Sebelum ini, individu berkenaan dikecam netizen berkenaan komennya yang mengutuk arwah berkenaan penampilan yang tidak bertudung.

Dalam pada itu, berkenaan juga menyatakan akaun Facebooknya juga telah disekat.

“Semua akaun Facebook saya telah dibanned. Tak pasti dapat kembali atau tidak. Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong viralkan status saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
5
+1
1
+1
1
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button