Cerita ArtisHiburan

“Aku Bukan Jodohnya…” Kehadiran Shuk Sahar Ke Mahkamah Tanda Hubungan Dengan Isteri Bakal Berakhir?

Pelawak dan usahawan Shuk Sahar menarik perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang menunjukkan kehadirannya ke sebuah mahkamah hari ini.

Malah, caption yang ditulis pada video berkenaan seolah-olah memberi gambaran bahawa hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera bakal berakhir.

“Aku bukan jodohnya… Aku titipkan dia… lanjutkan perjuanganku… semoga dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Namun begitu, sehingga kini kedua-duanya itu Shuk dan Rossa masih lagi belum menjelaskan tentang status rumah tangga mereka buat masa ini.

Dalam pada itu, Rossa yang muncul dalam program MeleTOP pada Selasa lalu menyatakan hubungan mereka telah menemui titik noktah.

Malah, Rossa memaklumkan dia dan Shuk masih lagi berhubung demi anak-anak serta sudah berbincang mengenai keputusan terbaik demi masa depan.

Shuk dan Rossa mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button