Cerita ArtisHiburan

Syamsul Yusof Akhirnya Setuju Kelab Komedi Kontroversi Ditutup

Pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof bersetuju agak sebuah kelab komedi yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini untuk ditutup.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pengarah berkenaan menerusi satu perkongsian di IG Story miliknya.

“Setelah jelas keadaan sebenar, dengan bukti dan fakta, saya sokong penuh club ini DITUTUP.

“Jangan kamu sekali-kali even terfikir menghina Islam,” luahnya.

Sebelum ini, Syamsul menerusi satu posting di Instagram ada menyatakan bahawa dia tidak bersependapat tentang kelab komedi berkenaan ditutup dan ia masih boleh dibincangkan lagi.

Bagaimanapun, setelah mendapat segala bukti dan menyedari keadaan sebenar, akhirnya pengarah tersebut menegaskan ia wajar ditutup. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button