Cerita ArtisHiburan

Afdlin Shauki Kini Tidak Lagi Sokong Crackhouse Comedy Club, Kecam Perbuatan Hina Agama Di Pentas Lawak

Pengarah, pelakon dan pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki akhirnya tidak lagi menyokong Crackhouse Comedy Club yang mencetuskan kontroversi.

Menerusi posting di Facebook, pendirian tersebut dibuat setelah dia mendapat info-info yang diberikan oleh rakan-rakannya berkenaan tempat tersebut.

“Berdasarkan info-info yang terkini yang telah di beri kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!” tegasnya.

Afdlin berkata, sokongan yang diberikan sebelum ini adalah bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tidak menghina sesiapa.

Pada masa sama, beliau menyarankan agar pelawak-pelawak stand up agar mencari alternatif lain memandangkan kes berkenaan sukar untuk diselesaikan secepat mungkin.

“Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stendap cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settel awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka di sabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

“Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abg tak boleh lagi menyokong agar crackhouse terus di buka. Sekian,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button