HiburanSelebriti

Oki Setiana Dewi Tak Pandai Masak Telur Dadar, Tak Kenal Bahan Masakan

Selebriti popular Indonesia, Oki Setiana Dewi menjadi perhatian apabila mendedahkan dirinya tidak pandai memasak telur dadar.

Perkara berkenaan tersebut terdedah menerusi rakaman video ketika dia berkunjung ke rumah adiknya, Ria Ricis dan memasak di dapur.

Perkara berkenaan terdedah apabila dia menjawab pertanyaan adiknya itu tentang berapa banyak garam yang perlu diletakkan.

Oki yang menjawab perlu meletakkan satu senduk garam membuatkan Ria terkejut, malah adiknya sempat bergurau dengan menyatakan telur berkenaan akan terlebih masin apabila siap dimasak. 

Selain tidak tahu mengenai sukatan garam, Oki juga dilihat tidak dapat meneka beberapa jenis bahan masakan seperti kunyit yang disangkakan lengkuas.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menjangkakan selebriti itu jarang masuk ke dapur.

Namun begitu, pelakon secara jujur mengakui dia sememangnya tidak mahir memasak dan ‘kekurangan’ tersebut sudah diketahui suaminya sebelum mereka berkahwin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button