Cerita ArtisHiburan

Lagu Menunggu Tiba-Tiba Kembali Viral, Meerqeen Bakal Terbang Ke Indonesia

Pernah menghasilkan sebuah single berjudul Menunggu pada tahun lalu, pelakon popular Meerqeen tidak menyangka lagu sulungnya itu kembali viral sehingga ke Indonesia.

Meerqeen berkata, dia terkejut memandangkan lagu ciptaan Aliff Iskandar itu sebelum ini kurang mendapat sambutan di Malaysia dan kini tiba-tiba kembali viral sehingga ke Indonesia.

“Saya sendiri pun tak sangka, mungkin disebabkan lagu itu memenuhi citarasa pendengar di sana. Atau mungkin juga kerana nama saya menjadi sebutan gara-gara drama Melur Untuk Firdaus.

“Apapun saya tetap gembira dengan perkara tersebut, meskipun agak terkejut. Saya pun mula perasan di TikTok ramai yang dah buat video untuk lagu itu,” ujarnya.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta minuman Spritzer yang berlangsung semalam.

Dalam pada itu, impak daripada populariti yang diraih di Indonesia gara-gara drama Melur Untuk Firdaus, pelakon itu menyatakan dia akan terbang ke negara tersebut pada hujung bulan Julai ini.

“Insya-Allah, saya akan ke Indonesia untuk beberapa urusan, termasuk hadir dalam sebuah program hiburan talk shaw di sana.

“Berkenaan mengembangkan kerjaya di Indonesia pula, sekiranya ada tawaran lakonan saya akan tolak. Apatah lagi pasaran di sana cukup luas,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
6
+1
15
+1
0
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button