Cerita ArtisHiburan

Azadan Rabbani Gesa Artis Lihat Sendiri Penderitaan Syria

Ahli kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz menggesa selebriti tanah air untuk bersama-sama menyertai misi kemanusiaan Syria Care bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kesusahan hidup dideritai rakyat Syria yang ditindas.

Menurut Azadan, selebriti boleh menggunakan pengaruh mereka untuk menarik peminat dengan menyumbang dana mahupun melakukan lawatan kemanusiaan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Syria Care yang diterajui pengerusinya, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

“Saya harapkan semangat yang dibawakan Syria Care ini dapat diikuti artis-artis di Malaysia. Program hiburan terlalu padat, jadi luangkanlah sedikit masa kepada aktiviti-aktiviti yang berunsur kemanusiaan. Saya percaya jika semua artis-artis di Malaysia bersepakat buat program-program kemanusiaan sebegini, Allah akan mudahkan aktiviti-aktiviti dan rezeki mereka.

“Ada artis yang mengeluh tiada job dan sebagainya. Tidak.. banyak job sebenarnya. Pergilah kepada organisasi dan NGO yang banyak buat program macam ini. Jangan fikir soal bayaran dulu sebab rezeki itu nanti Allah akan bagi. Kadang-kadang kita ini bila orang nak panggil, kita dah tanya dah pasal bayaran. Sebenarnya tidak patut begitu, automatik akan ada rezeki tu nanti.

“Semua artis-artis saya rasa mereka kena plan sesuatu untuk bersama dengan Syria Care supaya masing-masing dapat merasa nikmatnya berada dengan anak-anak Syria di Istanbul,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perkongsian Pengalaman Syria Care di TH Hotel, Kelana Jaya pagi tadi.

Azadan dan seorang lagi ikon program itu, Khai Bahar turut serta dalam misi kemanusiaan itu pada dua bulan lalu yang mana antara aktivitinya memberikan sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Syria di Istanbul selain melihat sendiri keadaan sebenar mangsa-mangsa yang terkesan dengan situasi kekacauan di Timur Tengah.

Selain daripada mengalakkan para selebriti menyertai Syria Care, Azadan bersama Khai juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa pusat pengajian tinggi (IPT) terpilih menjelang Januari ini bagi berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di Istanbul, Turki.

“InsyaAllah, saya dan Khai dah bersetuju untuk adakan sesi jelajah satu Malaysia ke IPT dan beberapa lokasi yang sesuai untuk berkongsikan pengalaman kami tentang apa yang berlaku di Syria dan kenapa kita perlu membantu mereka,” katanya.

Road tour itu juga bertujuan untuk mengumpul dana agar segala sumbangan yang disumbangkan rakyat Malaysia dapat disampaikan secara terus kepada penduduk-penduduk yang menderita di sana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button