Cerita ArtisHiburan

Klangit Muncul Dengan Single Baharu Pusing, Kisah Kekasih Kaki Shopping Online

Klangit adalah sebuah band yang telah membuat kemunculan pada tahun 2008 dan sehingga kini masih menempah nama di persada musik industri tanah air. 

Nama band Klangit adalah asalnya bernama “ADRIBAND” dan telah ditukarkan pada Klangit pada tahun 2010. Idea nama Klangit adalah melambangkan destinasi yang jauh dan tinggi yang ingin digapai bersama. 

Mereka yang dikenali dengan lagu Sesal Mendua masih mengekalkan hala tuju muzik mereka sebagai pemain Modern Rock, Pop, Electro dan Ballad Rock. Klangit kini dianggotai oleh Ary sebagai vokalis dan Haris sebagai pemain gitar. 

Terkini, Klangit telah disambar oleh pihak syarikat rakaman Rusa Music pada tahun 2020 dan telah membuahkan hasil pertama mereka atas kerjasama Rusa Music. ‘Aku Masih Disini’ adalah tajuk single pertama mereka bersama Rusa Music pada tahun 2020 juga. 

Aku Masih Disini telah memperoleh hampir 1 juta tontonan di Youtube Rusa Music. Dan terbaru, Klangit berjaya menghasilkan single ke dua mereka yang bertajuk Pusing. 

Lagu Pusing ini berentak lebih catchy adalah hasil ciptaan sepenuhnya Ary Klangit, Haris Klangit dan Zimi. Maksud lagu Pusing ini adalah seorang perempuan merupakan kekasihnya yang sering membeli-belah dalam talian hingga membuat dirinya berasa pusing kerana perlukan belanja secara banyak hanya demi kekasihnya yang dicintai. 

Mengenakan music video yang bertamakan warna Kuning menampakan lebih menarik dan kotak bungkusan yang banyak. Ini kerana konsep sebegini lebih dekat pada jiwa rakyat pada masa kini. 

Single Pusing kini boleh anda dengarkan di semua pelantar digital muzik termasuk Muzik Video di YouTube Rusa Music. 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button