FilemTerkini

Trailer Filem Jerangkung Dalam Almari Sudah Ditonton Sebanyak 1.63 Juta Kali, Dijangka Bakal Jadi Filem Paling Seram Tempatan Tahun 2022

Trailer rasmi filem Jerangkung Dalam Almari semakin menjadi bualan apabila menjadi viral di TikTok sejak dimuat beberapa minggu lalu.

Sehingga kini, trailer filem tersebut sudah ditonton sebanyak 771,700 di akaun TikTok pelakon utamanya, Datuk Adi Putra, manakala di akaun TikTok seorang individu yang menggunakan nama @multazamnasir ia ditonton sehingga 866,500 kali.

Ini menjadikan jumlah yang menonton filem tersebut adalah sebanyak 1.63 juta kali menerusi platform berkenaan, sementara di YouTube pula ia sudah mencecah jumlah tontonan sebanyak 17,000 serta dijangka bakal menjadi filem paling seram tempatan untuk tahun 2022.

Berdasarkan jumlah tontonan yang diraih, ternyata filem berkenaan dilihat amat dinantikan peminat, apatah lagi ia turut dibintangi Adi Putra yang meletup dengan filem Mat Kilau sebelum ini.

Malah, rata-rata yang memberi komen juga meluahkan rasa teruja, apatah lagi tajuk filem berkenaan juga mengambil judul sama dengan lagu kumpulan rock terkenal tanah air iaitu Wings.

Selain Adi Putra, lain-lain pelakon yang membintangi Jerangkung Dalam Almari seperti Hasnul Rahmat, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah, Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Isaac Iman.

Diarahkan oleh pengarah Shadan Hashim, Jerangkung Dalam Almari bakal menemui penonton pada 4 Ogos ini di pawagam seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Brunei. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button