FilemTerkini

Mat Kilau Cipta Rekod Sudah Berjaya Raih Kutipan RM90 Juta, Ketepikan Filem Avengers: Endgame

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof terus mencipta rekod tersendiri apabila telah meraih kutipan sebanyak RM90 juta sehingga kini.

Syamsul berkata, dengan jumlah kutipan tersebut ia berjaya mengenepikan filem Hollywood yang meraih kutipan tertinggi sebelum ini iaitu Avengers: End Game dan filem arahannya sendiri iaitu Munafik 2.

Dengan izin Allah Mat Kilau raih Rm 90 juta dlm masa 33 hari. Menjadi filem box office Malaysia tertinggi tempatan & antarabangsa selepas Munafik 2 & Avengers End Game. Air mata syukur..tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya & seluruh team amat terharu.

Mengejutkan lagi bila Mat Kilau menjadi filem No 1 dlm carta box office mingguan untuk 5 minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood!,” ujarnya.

Pada masa sama, Syamsul turut berterima kasih kepada penonton yang terus memberi kepercayaan untuk kesemua karyanya dan kejayaan berkenaan menjadi ilham untuj dia menghasilkan filem pada masa akan datang.

“Telah terbukti beberapa kali..karya filem Melayu masih boleh berdiri dibumi sendiri. Ini harapan baru sinema tempatan & buat semua anak seni tanah air.

“Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi kita sama-sama majukan industri seni Malaysia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button