HiburanSelebriti

Iqbal Zulkefli Mahu Berehat Seketika Daripada Media Sosial, Beri Peluang Orang Lain Untuk Viral

Usahawan selebriti dan penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial.

Menerusi jawapannya di Insta Story, Iqbal menyatakan dia membuat keputusan sedemikian untuk menyelesaikan beberapa urusan.

“Saya diamkan diri sebentar saja untuk selesaikan hal rumah, hal bisnes dan hal anak. Selepas ini saya akan aktif semula. Saya beri ruang orang lain pula viral.

“Kasihan media asyik tulis cerita saya sahaja. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan mereka mahu hadap muka saya sahaja setiap masa,” tulisnya.

Dikenali sebagai seorang yang aktif posting di media sosial, namun yang terbaharu posting terakhir yang dimuat naik oleh Iqbal adalah pada bulan Mei lalu.

Dalam pada itu, Iqbal juga menyatakan mengenai hasratnya yang mahu menyambung pelajaran di luar negara, malah mendedahkan dia pernah menolak tawaran belajar di Mesir.

“Saya teringin sambung belajar ke luar negara. Dulu saya dapat tawaran belajar di Mesir, saya tinggalkan. Sekarang jadi berfikir sendiri.

“Saya mahu gantikan gantikan segala pembelajaran saya semula,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button