Cerita ArtisHiburan

Yusof Haslam Enggan Beri Komen Mengenai Pembikinan Filem The Original Gangster

Penerbit Datuk Yusof Haslam mengambil pendekatan untuk tidak memberikan komen berkenaan pembikinan filem The Original Gangster yang dihasilkan anaknya, Syamsul Yusof tanpa membabitkan syarikatnya, Skop Production.

Yusof berkata, dia enggan untuk mengulas mengenai hal berkenaan memandangkan perkara berkenaan melibatkan hal anak beranak yang boleh dikatakan agak sensitif.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu komen tentang perkara tersebut dan itu hak dia. Malah, saya tahu pembikinan filem itu pun selepas dengar-dengar daripada orang lain. Jadi, saya tak boleh nak komen apa-apa.

“Saya difahamkan yang dia tak jadi buat KL Gangster 3, kemudian Utah tajuk dan dia buat cerita ini lah. Apapun itu hak dia. Benda ni melibatkan anak-beranak dan sebagai bapa saya tetap doakan yang terbaik untuknya,” jelasnya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui semasa pementasan teater Maduku Terpaling Kalut di PJPac, Petaling Jaya, Selangor semalam, yang turut dijayakan oleh menantunya yang juga isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah.

Jelas beliau, kehadirannya pada malam tadi adalah untuk menyokong menantunya dan sebagai bapa mentua dia hadir setelah dijemput.

“Sebenarnya saya gembira lihat Sarah kembali aktif berlakon. Lagipun saya sendiri galakkan dia untuk berlakon semula sebab saya tak nak dia asyik terperap di rumah.

“Kalau asyik terperap nanti dia lagi tertekan. Hal itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan masa depan. Bagi saya dia perlu keluar bekerja,” katanya.

Teater Maduku Terpaling Kalut merupakan sebuah teater yang berkonsepkan ‘farce comedy’ dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.

Selain Puteri Sarah, teater ini Maduku Terpaling Kalut turut dijayakan oleh Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button