Gosip PanasHiburan

Tak Serik-Serik, Fathia Post Gambar Free Hair Pula

Hai, tak sudah-sudah nampaknya pelakon cantik Fathia Latiff ini disebut-sebut sejak kebelakangan ini.  Yela, mana taknya, setiap benda yang dia selalu membawa kepada kontroversi.

Jika sebelum ini dia dikecam kerana beberapa siri twit ‘bijaknya’ serta video menarinya tersebar, kali ini perkongsian fotonya yang tidak bertudung mungkin bakal menjadi kecaman netizen lagi.

Kalau dah berhijab itu buatlah cara berhijab. Biasanya orang kalau dah bertutup litup sedaya upaya cuba tidak mahu memuat naik gambar-gambar lama di laman sosial, tapi Fathia terbalik pula.

Apa motif Fathia berbuat demikian, Cik Kopi sendiri kurang pasti. Mungkin Fathia sekadar mahu ‘throwback’ gambar dia dengan kawan lelakinya itu, cuma kurang manislah Fathia sebab awak dah bertudung.

Walaupun siap letak hashtag #tb (throwback) pada gambar tersebut, apa yang menimbulkan persoalan apabila adakah ia merupakan gambar sebelum dia bertudung?

Entah-entah, itu gambar throwback dua atau tiga hari lepas. Itupun dah dikira throwback gak tu.

Dan mungkin enggan melihat komen ‘makcik-makcik bawang’, Fathia mengambil langkah selamat dengan menutup ruangan komen pada foto tersebut.

Harap-harapnya lepas ini Fathia lebih berhati-hati berkongsikan gambar-gambarnya di media sosial kalau tak mahu namanya jadi ‘busuk’ lagi.

Cik Kopi:  Perangai artis ni kadang-kadang memang pelik…

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button