HiburanSelebriti

Da’i Syed Akui Kini Sedang Mengenali Hati Budi Hana Ismail, Sudah Sedia Bergelar Suami

Pendakwah selebriti popular, Da’i Syed mengakui dia kini sedang mengenali hati budi Hana Ismail yang juga pengacara stesen TV AlHijrah.

Diminta untuk bercerita lebih lanjut mengenai status hubungan mereka, Syed atau pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal bagaimanapun enggan mendedahkan terlalu mendalam mengenainya.

“Setakat ini saya tidak mahu terlalu terbuka nak bercerita kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi. Saya cuma berharap agar mendoakan yang terbaik.

“Mengenai hubungan kami, terpulanglah pada penilaian orang ramai. Sekiranya ada sebarang perkembangan, saya akan beritahu,” ujarnya.

Hubungan mereka mula diperkatakan apabila sekeping foto telah viral dengan memperlihatkan Syed dan Hana bersama kedua ibu mereka dalam sebuah majlis.

Mengulas mengenai foto berkenaan, Syed memberitahu ia sekadar pertemuan dua buah keluarga untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.

“Majlis itu adalah pertemuan antara dua keluarga untuk kenal lebih lanjut. Keluarga juga tidak ada masalah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya.

“InsyaAllah… apapun saya sudah bersedia untuk bergelar suami, cuma biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button