Cerita ArtisHiburan

Setelah Kembali Berbaik Dengan Suami, Lesti Kejora Dikatakan Sedang Hamil Anak Kedua?

Setelah membuat keputusan untuk kembali berbaik semula, pasangan Lesti Kejora dan Rizky Billar sekali lagi menggemparkan para peminatnya.

Ia berikutan tersebarnya cerita yang mengatakan bahawa Lesti kini sedang hamil anak kedua mereka.

Bagaimanapun, peguam kepada Lesti iaitu Sandy Arifin mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara berkenaan.

Malah, Sandy hanya memberitahu bahawa hubungan Lesti dan suaminya kini sudah baik semula dan segala permasalahan yang berlaku sebelum ini sudah selesai.

Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis apabila mendakwa dia telah didera suaminya, namun menarik semula laporan berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button