Cerita ArtisHiburan

Polis Sahkan Kematian Seorang Pelakon Sambilan Berpunca Jatuh Bangunan, Tiada Sebarang Unsur Jenayah

Polis mengesahkan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggal dunia dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

“Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.

“Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam kenyataan media.

Pada masa sama, beliau menyatakan siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon wanita iaitu Syazlin Zainal telah disahkan meninggal dunia, namun punca kematian masih dalam siasatan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button