Rancangan TVTV

Bertahan Selama Sembilan Minggu, Asheed Def Gab C Gagal Ke Saingan Separuh Akhir GV9

Saingan suku akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) menyaksikan vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed tersingkir daripada saingan setelah berada di kedudukan terakhir.

Mempersembahkan lagu Lena Diulit Intan, ternyata Asheed gagal untuk memikat hati ketiga-tiga juri, sekali gus tidak layak bersaing di separuh akhir.

Dalam pada itu, Shila Amzah yang mempersembahkan lagu Survivor pula muncul sebagai juara mingguan, manakala Hazrul Nizam pula yang menyanyikan lagu Writing’s On The Wall berada di kedudukan kedua.

Bagi saingan untuk minggu separuh akhir, setiap peserta akan menyanyikan dua buat lagu iaitu satu lagu solo dan satu lagi lagu duet sesama peserta.

Untuk minggu ke-9, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bertindak selaku juri tetap. – KopiPlanet.com

*Senarai Lagu Separuh Akhir Gegar Vaganza 9

1. Sang Dewi – Shila Amzah (85.30 peratus)

2. Hal Hebat – Hazrul Nizam (81.00 peratus)

3. Tapi Bukan Aku – Jaclyn Victor (80.50 peratus)

4. Ajari Aku – Bob Yusof (79.70 peratus)

5. Bukan Dia Tapi Aku – Dina Nadzir (77.80 peratus)

6. Di Alam Fana Cintamu – Fuad Rahman (72.20 peratus)

7. Suatu Masa – Tomok (67.30 peratus)

8. Azura – VE (64.20 peratus)

9. Asheed Def Gab C – TERSINGKIR (58.60 peratus)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button