EventHiburan

Noah Ubati Kerinduan 3,000 Peminat, Rancang Mahu Turun Lagi Ke Kuala Lumpur Tahun Hadapan

Pada Sabtu lalu, kerinduan kira-kira 3,000 peminat kumpulan Noah terubat menerusi Konsert Noah Live In KL yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Kehangatan konsert berkenaan mula dirasai lebuh kurang pukul 8.45 malam apabila vokalisnya, Ariel mempersembahkan lagu Separuh Aku untuk acara pembukaan.

Berbekalkan pengalaman selama 22 tahun dalam dunia muzik, termasuk bersama kumpulan Peter Pan, ia bukan penghalang buat Ariel untuk tampil dengan persembahan yang begitu bertenaga.

Mengakui begitu teruja dapat bertemu peminat di Malaysia, ia telah membangkitkan Noah untuk kembali semula mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

“Ternyata sambutan di Malaysia sungguh luar biasa dan terima kasih kepada semua peminat yang telah memberikan sokongan kepada penonton.

“Kali terakhir kami membuat persembahan di Kuala Lumpur adalah pada lima tahun lalu, tetapi sambutan peminat masih seperti dulu,” ujarnya.

Pada konsert berkenaan, Noah telah menyanyikan sebanyak 20 buah lagu hit mereka, termasuk ketika bersama Peter Pan dahulu.

Antara lagu-lagu tersebut seperti Menghapus Jejakmu, Yang Terdalam, Bintang Di Surga, Mungkin Nanti, Ku Katakan Dengan Indah dan Ada Apa Denganmu serta tidak ketinggalan persembahan mereka turut diiringi tiga pemuzik profesional.

Lebih menarik lagi, konsert anjuran YOLO Malaysia itu juga membawakan kelainan apabila peminat diberikan ‘concert kit’ yang mengandungi LED wrist-band atau gelang tangan led sebelum memasuki dewan konsert, dan apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikut ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button