PopularViral

Wajah Putih Melepak…. Pengasas Produk Izubiela Zaffmarekan Tergelak Ada Yang Menyamakan Dirinya Seperti Bunian

Usahawan dan pempengaruh, Izubiela Zaffmarekan tidak menyangka video eksperimen sosial yang dirakamkan ‘bocor’ sebelum dikongsi kepada pengikut di laman sosial miliknya.

Wanita yang kini bergelar penyanyi itu mendedahkan video sosial ekperimen berbentuk gurauan (prank) tersebut dikongsikan oleh mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok popular sehingga tular dan meraih lebih 830,000 tontonan.

“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.

“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.

“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.

Tidak menyangka video lain yang menjadi tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini menerima pelbagai komen warganet.

@izubiela

Replying to @KakDya – CEO of korang2 kejap! Alamak! Bella xsangka video prank / social experiment ni boleh viral kat TT @KakDya – CEO of korang2 kejap! Dulu sebelum Bella Keluarkan! Huhu . Amboi kemain lagi ada yang panggil Bella hantu putih melepak la, bunian , biasa dia! Nampak putih cerah walau Dalam Gelap sbb PUTIH GEBU IZUBIELA la uols, hehe! Jom layan video Penuh #izubiela #izubielazaffmarekan #barbiedollmalaysia #barbie #putihgebudbella #putihgebu #susuk1juta #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #random #izubielabooster #whiteningboosterizubiela #biasadia #FYP #makaylamarekan #coversong #feedbackizubielawhiteningbooster #izubielacoverlagu

♬ original sound – izubielazaffmarekan – izubielazaffmarekan

“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi. Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi.

“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.

“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.

“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button