Cerita ArtisHiburan

Jamal Abdillah, Wany Hasrita Rakam Semula Lagu Duet Bakawali Versi 2022

Lagu duet Bakawali yang pernah popular suatu Ketika dulu Kembali dinyanyikan semula oleh Datuk Jamal Abdillah duet bersama Wany Hasrita. Lagu yang diberi nafas baru ini merupakan single duet ke-3 Jamal bersama Wany.

Yang pertama  berjudul Belenggu Rindu dan  yang terkini Kucuma. Bercakap tentang lagu Bakawali, pada awalnya Dato Jamal agak lambat memberi jawapan apabila ditawarkan oleh FMC Music untuk merakamkan lagu ini Kembali.

Ini kerana lagu berkenaan pernah dirakamkan oleh penyanyi asal dan beliau juga bimbang jika tidak dapat mengatasi atau menyamai kebaikan Bakawali  yang pernah di rakamkan penyanyi asal.

“Tetapi apabila difikirkan semula, versi kali  ini agak berbeza dengan yang asal kerana versi  sebelum ini duet 2 penyanyi wanita, jadi saya terima dan saya terpaksa gunakan kebolehan dan kelebihan yang ada pada saya  untuk mewarnai lagu ini sebaik mungkin.

“Selain itu, saya mengambil cabaran tersebut dengan tekad untuk menberi hasil yang terbaik bukan sekadar buat dan suam suam kuku sahaja,” jelas Jamal.

Bercakap tentang Wany Hasrita, Jamal berkata beliau senang berkerjasama dengan Wany kerana penyanyi itu seorang yang berbakat dan mempunyai pengetahuan dalam lenggok dan  patah lagu langgam dan tradisional serta mampu menyanyi dengan baik.

Dalam pada itu, Wany memberitahu dengan merakamkan lagu itu, ia dapat menyumbang dan membantu mengekalkan irama tradisional, malah dia memang suka menyanyikan lagu-lagu berentak melayu dan tradisional.

“Peluang merakamkan Kembali lagu ini merupakan satu cara saya menguji kemampuan diri. Semua orang dah tahu lagu Bakawali ini pernah dinyanyikan dengan baik oleh penyanyi asal. Apabila dinyanyikan semula tentunya ramai yang tidak sabar nak dengar bagaimana hasilnya adakah lebih baik atau sebaliknya.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana dapat berduet dengan seorang mentor yang bagi saya beliau juga seperti sifu. Beliau banyak beri tunjuk ajar dan ianya memudah dan menguatkan semangat Wany untuk siapkan lagu ini dengan jayanya,” ujarnya.

Lagu Bakawali yang diberi nafas baru ini sudah mula dilancarkan pada 17 November 2022) di YouTube rasmi FMC Music dan seluruh saluran online yang lain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button